Tuesday, October 4, 2016

CIK INA KEMBALI BERSIARAN....YEHAAAAAA

Asalamualaikum semua...Lama sungguh Cik Ina menyepikan diri kan? Nak dekat hampir 2 tahun. Sekarang Cik Ina dah tukar kerja kat tempat baru. Sejak Januari 2015 sampai la tarikh entri ni ditulis, Cik Ina dah kerja kat Scomi Group Berhad (Bandar Utama) ni dekat 1 tahun 10 bulan. Hurmmm, so far ok la kerja kat company ni. Actually, Scomi Group Berhad ni banyak cabang company tao, Cik Ina kerja ni Scomi Oiltools Sdn. Bhd., kitaorg dalam bidang Oil & Gas. Scomi Group Berhad jugak ada Scomi Engineering (cover business monorail and coach) kat Rawang, Scomi Chemical (product & chemical) kat Bandar Utama and Scomi Marine (vessel & coal). Sekarang ni tengah sedih sikit sebab tahun ni tak ada increment & bonus. Yela, oil price tengah down kan. Ramai jugak yang kena retrenchment. Sedih kan??? Tapi what to do, life must go on. Pada yang kena retrenched tu, Cik Ina doakan korang dapat kerja baru dan rezeki baru di luar. Insyaallah, amin... Ok la..Cukup sampai sini Cik Ina menceceh.. Bye...

Tuesday, November 11, 2014

JAPANESE COTTON.. HARGA RUNTUH!

Assalamualaikum.. Hari ni cik ina nak promote kain japanese cotton. Harga off couse la cik ina bagi harga kasih sayang. Kain Japanese Cotton, high Quality Gred AAA, kain lembut dan sejuk, warna tidak luntur bila dibasuh, kain sulaman jahitan lebih padat, kain tahan lasak tidak mudah terkoyak dan tetas. 4 meter bidang 45. Harga RM60 termasuk postage. BERMINAT SMS / CALL / WHATSAPP 016-4424090. TQ

Monday, November 10, 2014

KOPI KAMPUNG

Assalamualaikum.. Hari ni cik ina nak promote benda baru. Bukan pakaian, bukan cadar dan bukan aksesori tapi KOPI. Ok, untuk pengetahuan semua cik ina ni HANTU KOPI. Diulangi sekali lagi HANTU KOPI. Tapi cik ina terpaksa kurangkan pengambilan kopi sebab kesihatan. Sob..sob..sob.. Tapi hanya satu kopi ja yg melekat dihati cik ina.. Tadaaaaaa, kopi ni la yg cik ina nak promote kat semua orang. Kopi kampung. Jauh datang kopi ni, dari utara kampung cik ina. Rasa dia memang MABELES LA! Torbaikkkkkkk.. Bau dia memang wangi harum semerbak. Kaw punya! Hehehe..Kopi kat hypermarket cik ina x berapa nak selera sebab kurang best. Mcm mana pon mesti nak cari kopi ni. Ada dua jenis, satu yg serbuk haluS dan satu lagi serbuk kasar. Ok, harga utk 500gram RM12, postage RM6. Kalau sape nak request sekilo ke berkilo-kilo pon boleh. Harga boleh kasi adjust naaaa... Ok, ni satu gambar kopi tu je yg cik ina sempat snap. Berminat CALL / SMS / WHATSAPP CIK INA 016-4424090. Lambat atau cepat, insyaallah akan dibalas. TQ....

Thursday, October 30, 2014

BAGS FOR CHILDREN

Assalamualaikum..Ni cik ina ada benda baru nak promote. Beg untuk anak-anak sekolah tadika. Comel-comel belaka. Geram tengok..Kalau la ada anak perempuan, dah ambil satu bagi guna. Ok la, kat bawah ni cik ina letak gambar-gambar beg tu yea.. sekali dgn details. Berminat boleh call/SMS/Whatsapps cik ina 016-4424090. Bye! BUTTERFLY BAG FOR CHILDREN RM32 INCLUDING POSTAGE
MICKEY & MINNIE BAGS FOR PRESCHOOL CHILDREN RM37 INCLUDING POSTAGE
HELLO KITTY BAGS FOR PRESCHOOL CHILDREN RM28 INCLUDING POSTAGE

Sunday, October 26, 2014

Bila Cik Ina Menceceh Part 10

Assalamualaikum semua..Hai, hai, hai..hehehe. Teringat pengacara Malaysia Hari Ini, Omar Abdullah. Beliau sangat la sinonim dengan tagline tu. Ok la, hari ni cik ina bukan nak cerita pasal hal tu tapi pasal lain. Nak cerita pasal jeruk mangga / epal asam boi. Haaaa...la ni jeruk tu tengah hot kat pasaran. Semua orang pakat dok jual, beli dan ada yg buat sendiri. So, cik ina ni dok kerap tengok ramai post pasal jeruk ni kat fb, teringin la pulak. Hakikatnya, cik ina bukan la orang yg gila makan jeruk, rojak atau semua yg seangkatan dengannya. Tapi kali ni jadi teringin pulak. So, cik ina decide nak buat sendiri. Selepas dapat resepi dari kawan, cik ina pon mula la proses mencari bahan-bahan. Actually, bahan-bahan nak buat jeruk ni x banyak pon tapi masalah utama adalah nak mencari MANGGA MUDA. Petang sabtu, SMS en.suami suruh cari mangga muda. En.suami pon pergi la cari selepas balik kerja. Cari punya cari, x ada. So, beliau balik dengan tangan kosong. Katanya malam nanti pergi cari kat pasaraya NSK. Baiklah, hamba akur. Sedih tapi nak buat macam mana, benda dah x ada. Malam tu pergi la pasaraya NSK. Huwaaaaaa... x ada jugak. En.suami kata guna epal hijau x boleh ke? Kan ke masam jugak. Hurmmmmm, ya x ya jugak yea. So, ambik la buah epal hijau dekat 16 biji. Lepas bayar, singgah kedai 99 Speed Mart cari asam boi. Alhamdulilah, ada. Balik rumah, mula proses penyediaan. Bahan-bahan yg digunakan seperti gambar-gambar kat bawah ni:-------
Epal hijau tu di buang kulit dan dipotong nipis. Cili padi guna dalam 2 biji sahaja. Jangan banyak-banyak takut pedas. Potong kecik-kecik. Masukkan epal hijau, cili padi dan asam boi dalam bekas kemudian tabur garam dan gula secukupnya. Kacau semua bahan dan masukkan dalam balang untuk proses peram. Jangan peram lama-lama sangat takut nanti tak sedap. Ni ikut citarasa cik ina la. Kalau korang suka perap lama, terpulang la. Kat bawah ni cik ina ada upload gambar jeruk epal asam boi yg diperap dalam balang.
Ok, x sampai setengah jam perap cik ina dah x sabar. Bawak le jeruk ni ke ruang tamu nak makan dengan anak-anak dan suami. Dalam sekelip mata, tinggal berapa keping je. Laku sungguh jeruk epal asam boi ni! Sedap sungguh. Nak pulak makan ramai-ramai lagi la bertambah sedapnya. Hehe..Tengok kat bawah, ni je balance yg tinggal..hehehe..
Ok, cik ina puas hati. Misi kali ni berjaya! Lepas ni ingat nak buat guna jambu batu pulak. Kata kawan cik ina sedap jugak jambu batu buat jeruk asam boi ni. Ok,nexxxxtttttt....Adios!

Wednesday, October 22, 2014

Bila Cik Ina Menceceh Part 9

Assalamualaikum..Minggu ni minggu sedih..Sebab si kecik baby kurang sihat.. Muntah & pening-pening.. Lembik lemau badannya. Kesian.. Semalam pulak mak mertua call bagitao rumah dia kena masuk pencuri..Allahuakhbar.. Seriau dengar sebab dah le tinggal berdua je dengan pak mertua, tak de sape teman. Nasib baik x de berlaku yg x elok. Cuma bilik mak mertua habis digeledah, baju semua berterabur. Yang hilang cincin dua bentuk dengan sejumlah duit. Masa kejadian tu, mak & pak mertua tido kat ruang tamu. Memang x sedar langsung apa terjadi. Boleh sedar masa bangun nak ke toilet pukul 4 pagi. Tergerak hati nak jenguk bilik, bila bukak je terkejut besar mak mertua cik ina p/s: Ni adalah berdasarkan apa yg mak mertua cerita pada cik ina.. Alhamdulilah, penyangak @pencuri@perompak tu cuma geledah bilik je, dia x ceroboh ke kawasan lain. Cik ina, suami dan adik ipar bergegas balik kampung tengok macam mana keadaan. Angkut sekali si kecik baby tu walaupun dia x sihat. Kesian tido je masa dalam kereta.. Sampai sana, sembang dgn mak & pak mertua, selesai apa yg patut. Malamnya kami bertolak balik juga sebab esoknya nak kena keja. Ajak mertua ikut balik sekali tapi diaorang tolak. Sepanjang perjalanan balik dok doa je agar diaorang kuat dan x de jadi apa-apa yg x elok lagi. Ok, stop cerita sedih.. Ni cik ina nak upload pic lauk yg cik ina sempat masak hari Selasa lepas. Musim hujan lebat, malas nak keluar beli apa2.. Apa yg ada kat dapur, tu jela masak. Masak simple2 je. En. suami kata janji kenyang. Cik ina buat ikan bilis goreng dengan petai + cili padi yg diracik2 halus & ikan pelaling masak asam. Ikan pelaling masak asam tu cik ina kasik taruk halia lebih sebab en. suami suruh. Katanya nak buang angin. Hehehehe... Makan lauk-lauk tu dengan nasi panas berserta teh o panas memang terangkat le. Sape lalu belakang pon x pandang dah.. Hahahaha.. Ok la, lenguh menaip.. Nanti sambung lagi.. Daaaaaa............

Tuesday, October 14, 2014

Bila Cik Ina Menceceh Part 8 - Hari Raya Aidiladha 2014

Assalamualaikum... Hari raya aidiladha baru ja berlalu ahad lepas. Cik ina x balik kampung, beraya di Meru Klang je satu family. So, dah planning awal-awal nak masak pagi raya tu. Mana tahu ada tetamu, adik-adik ipar datang beraya. Boleh la jamu bagi makan. Petang sabtu, cik ina, suami dan anak yg kecik pergi la pasaraya NSK kat pekan Meru Klang. Beli semua barang nak masak. Kat situ barang-barang harga murah dan fresh-fresh belaka. Cik ina planning nak buat mee kari kerang, rendang ayam dan rebus nasi himpit. Sampai saja kat pasaraya NSK tu, tengok kerang dah boo liaw (habis). Huwaaaaa..meraung kami anak beranak sebab x dapat kerang. Tapi meraung dalam hati jela.hehehehe....So, next plan buat mee karing udang. Udang besar-besar jugak, sekilo harga rm28.00. So, cik ina amik la sekilo. Lepas beli udang, pergi pulak bahagian jual ayam. Huwaaaaaaaaa sekali lagi..Ayam pon habis. Ni la akibatnya beli lewat.. So, pengajarannya next time pegi awal-awal pagi.. Ingat tu semua.. Cik ina pon beli la semua barang lain nak masak, lepas habis shopping kat pasaraya NSK, kitaorang singgah kedai runcit berdekatan untuk beli ayam..Alhamdulilah, ada ayam. Balik rumah, cik ina mula senteng lengan baju siang udang, ayam, rebus nasi himpit dan blend semua bahan-bahan untuk masak pagi raya (ahad). Pagi raya, cik ina bangun awal masak kuah mee kari dan rendang ayam. Semua selesai dan siap untuk dimakan lepas suami dan anak-anak balik sembahyang raya. Lega, walaupon masak sorang tapi alhamdulilah selesai juga. Ok, kat bawah ni cik ina upload gambar-gambar juadah yang cik ina masak di pagi raya. Gambar nasi himpit ja x sempat ambik. Opsss, cik ina sertakan jugak gambar macaroni goreng yg cik ina buat hari sabtu tu.. First time try macaroni goreng.. Alhamdulilah, menjadi..hehehehe...Enjoy ya!