Sunday, October 26, 2014

Bila Cik Ina Menceceh Part 10

Assalamualaikum semua..Hai, hai, hai..hehehe. Teringat pengacara Malaysia Hari Ini, Omar Abdullah. Beliau sangat la sinonim dengan tagline tu. Ok la, hari ni cik ina bukan nak cerita pasal hal tu tapi pasal lain. Nak cerita pasal jeruk mangga / epal asam boi. Haaaa...la ni jeruk tu tengah hot kat pasaran. Semua orang pakat dok jual, beli dan ada yg buat sendiri. So, cik ina ni dok kerap tengok ramai post pasal jeruk ni kat fb, teringin la pulak. Hakikatnya, cik ina bukan la orang yg gila makan jeruk, rojak atau semua yg seangkatan dengannya. Tapi kali ni jadi teringin pulak. So, cik ina decide nak buat sendiri. Selepas dapat resepi dari kawan, cik ina pon mula la proses mencari bahan-bahan. Actually, bahan-bahan nak buat jeruk ni x banyak pon tapi masalah utama adalah nak mencari MANGGA MUDA. Petang sabtu, SMS en.suami suruh cari mangga muda. En.suami pon pergi la cari selepas balik kerja. Cari punya cari, x ada. So, beliau balik dengan tangan kosong. Katanya malam nanti pergi cari kat pasaraya NSK. Baiklah, hamba akur. Sedih tapi nak buat macam mana, benda dah x ada. Malam tu pergi la pasaraya NSK. Huwaaaaaa... x ada jugak. En.suami kata guna epal hijau x boleh ke? Kan ke masam jugak. Hurmmmmm, ya x ya jugak yea. So, ambik la buah epal hijau dekat 16 biji. Lepas bayar, singgah kedai 99 Speed Mart cari asam boi. Alhamdulilah, ada. Balik rumah, mula proses penyediaan. Bahan-bahan yg digunakan seperti gambar-gambar kat bawah ni:-------
Epal hijau tu di buang kulit dan dipotong nipis. Cili padi guna dalam 2 biji sahaja. Jangan banyak-banyak takut pedas. Potong kecik-kecik. Masukkan epal hijau, cili padi dan asam boi dalam bekas kemudian tabur garam dan gula secukupnya. Kacau semua bahan dan masukkan dalam balang untuk proses peram. Jangan peram lama-lama sangat takut nanti tak sedap. Ni ikut citarasa cik ina la. Kalau korang suka perap lama, terpulang la. Kat bawah ni cik ina ada upload gambar jeruk epal asam boi yg diperap dalam balang.
Ok, x sampai setengah jam perap cik ina dah x sabar. Bawak le jeruk ni ke ruang tamu nak makan dengan anak-anak dan suami. Dalam sekelip mata, tinggal berapa keping je. Laku sungguh jeruk epal asam boi ni! Sedap sungguh. Nak pulak makan ramai-ramai lagi la bertambah sedapnya. Hehe..Tengok kat bawah, ni je balance yg tinggal..hehehe..
Ok, cik ina puas hati. Misi kali ni berjaya! Lepas ni ingat nak buat guna jambu batu pulak. Kata kawan cik ina sedap jugak jambu batu buat jeruk asam boi ni. Ok,nexxxxtttttt....Adios!

No comments:

Post a Comment