Tuesday, July 15, 2014
Bila Cik Ina Menceceh Part 7
Assalamualaikum.. Puas hati dapat cuti lama. Start 12/7/14 hingga 15/7/14. Sepanjang cuti tu keja cik ina kemas rumah dan masak lauk pauk untuk berbuka. Sebab si kecik dua orang tu ada kat rumah, so kena la mama ni rajin masuk dapur. Depa ni bab makan senang tapi mesti ada lauk yg pedas2. Plus, depa ni kalau boleh nak lauk ayam hari-hari.. Jenuh la mama dgn abah nak tahan tekak mkn ayam hari-hari. Selain lauk pauk, cik ina ada jugak buat desert dan murtabak baby. Cakap bab murtabak baby tu, plan asalnya cik ina nak buat samosa. Tapi nak bentuk segitiga tu cik ina x cekap sangat. Last2 si kecik (baby) kata ' mama, kita buat murtabak mini la. Senang dan cepat. Tapi kita tukar nama jadi murtabak baby'. Hehehehe..ada je idea budak ni. So, cik ina fikir-fikir ok gak idea tu. Maka terhasil la murtabak baby. Alhamdulilah, menjadi dan en. suami dan anak2 kata sedap. Kembang kempis hidung cik ina.hehehehe.. Desert pulak cik ina buat agar-agar sirap santan. Yang nak tergelaknya, potong besar-besar. Cepat kenyang kata bebudak ni. Petang semalam sempat pegi masjid negeri Shah Alam amik bubur lambok. Sedapppppp. Terasa nak sebekas lagi.Hehehe.. Ok la, ni ada la beberapa keping gambar yang sempat diambik.
Sambal tumis petai ikan bilis. Favourite Cik ina dan en. suami
Nasi ayam dan agar-agar sirap santan.
Ayam masak serai, ayam goreng, sayur campur, murtabak baby dan teh o ais limau.
Ayam masak kicap dan Bubur lambok masjid negeri.
Wednesday, July 9, 2014
Bila Cik Ina Menceceh Part 6
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.. Hurmmmmm, dekat sebulan cik ina x tengok blog ni...Busy sungguh sebab cik ina pindah rumah lagi. Alhamdulilah, dah duduk rumah teres.. Letih pindah tapi hati gembira sebab apa yg diidam dah dapat. Maksud cik ina idam nak duduk rumah atas tanah. Cemuih dh duduk rumah flat. Ok, sempena bulan Ramadhan ni cik ina kalau boleh nak masak tetiap hari bagi family makan tapi kekadang tu ada jugak beli luar sebab tak sempat. Seronok sebenarnya memasak ni. Lagi seronok kalau dapat pujian dari en. suami. Tengok en. suami makan bertambah-tambah, lagi le kita suka. Orang tua2 pesan, nak ikat hati suami kena ikat melalui perutnya dulu. hehehehe... Tiap-tiap hari cik ina akan fikirkan menu apa nak masak dan sesuai dengan selera family. Yela, kalau masak yg tak kena dengan selera kita tak guna jugak masak. Takut nanti buang je. Kan ke membazir tu.. Ish. Ish. Ish.... membazir kan amalan syaitonnn nirojim. Tak elok la. Bulan2 Ramadhan ni digalakkan kita berjimat cermat dan banyak bersedekah. Kalau ada masak lebih, digalakkan bersedekah pada jiran-jiran sebelah, bertukar-tukar juadah. Kan ke puasa lebih meriah, disamping mengeratkan hubungan siraturahim. Eh, letih dah cik ina menceceh.. Jom tengok, ushar-ushar gambar menu berbuka puasa yg sempat cik ina ambik. Layannnnn.....
Asam Pedas Ikan Pari (Melaka style) dan Sayur Campur Goreng
Nasi Briyani Daging, Daging Masak Hitam dan Kerabu Tomato
Subscribe to:
Posts (Atom)