Wednesday, July 9, 2014
Bila Cik Ina Menceceh Part 6
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.. Hurmmmmm, dekat sebulan cik ina x tengok blog ni...Busy sungguh sebab cik ina pindah rumah lagi. Alhamdulilah, dah duduk rumah teres.. Letih pindah tapi hati gembira sebab apa yg diidam dah dapat. Maksud cik ina idam nak duduk rumah atas tanah. Cemuih dh duduk rumah flat. Ok, sempena bulan Ramadhan ni cik ina kalau boleh nak masak tetiap hari bagi family makan tapi kekadang tu ada jugak beli luar sebab tak sempat. Seronok sebenarnya memasak ni. Lagi seronok kalau dapat pujian dari en. suami. Tengok en. suami makan bertambah-tambah, lagi le kita suka. Orang tua2 pesan, nak ikat hati suami kena ikat melalui perutnya dulu. hehehehe... Tiap-tiap hari cik ina akan fikirkan menu apa nak masak dan sesuai dengan selera family. Yela, kalau masak yg tak kena dengan selera kita tak guna jugak masak. Takut nanti buang je. Kan ke membazir tu.. Ish. Ish. Ish.... membazir kan amalan syaitonnn nirojim. Tak elok la. Bulan2 Ramadhan ni digalakkan kita berjimat cermat dan banyak bersedekah. Kalau ada masak lebih, digalakkan bersedekah pada jiran-jiran sebelah, bertukar-tukar juadah. Kan ke puasa lebih meriah, disamping mengeratkan hubungan siraturahim. Eh, letih dah cik ina menceceh.. Jom tengok, ushar-ushar gambar menu berbuka puasa yg sempat cik ina ambik. Layannnnn.....
Asam Pedas Ikan Pari (Melaka style) dan Sayur Campur Goreng
Nasi Briyani Daging, Daging Masak Hitam dan Kerabu Tomato
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment