Thursday, October 30, 2014

BAGS FOR CHILDREN

Assalamualaikum..Ni cik ina ada benda baru nak promote. Beg untuk anak-anak sekolah tadika. Comel-comel belaka. Geram tengok..Kalau la ada anak perempuan, dah ambil satu bagi guna. Ok la, kat bawah ni cik ina letak gambar-gambar beg tu yea.. sekali dgn details. Berminat boleh call/SMS/Whatsapps cik ina 016-4424090. Bye! BUTTERFLY BAG FOR CHILDREN RM32 INCLUDING POSTAGE
MICKEY & MINNIE BAGS FOR PRESCHOOL CHILDREN RM37 INCLUDING POSTAGE
HELLO KITTY BAGS FOR PRESCHOOL CHILDREN RM28 INCLUDING POSTAGE

Sunday, October 26, 2014

Bila Cik Ina Menceceh Part 10

Assalamualaikum semua..Hai, hai, hai..hehehe. Teringat pengacara Malaysia Hari Ini, Omar Abdullah. Beliau sangat la sinonim dengan tagline tu. Ok la, hari ni cik ina bukan nak cerita pasal hal tu tapi pasal lain. Nak cerita pasal jeruk mangga / epal asam boi. Haaaa...la ni jeruk tu tengah hot kat pasaran. Semua orang pakat dok jual, beli dan ada yg buat sendiri. So, cik ina ni dok kerap tengok ramai post pasal jeruk ni kat fb, teringin la pulak. Hakikatnya, cik ina bukan la orang yg gila makan jeruk, rojak atau semua yg seangkatan dengannya. Tapi kali ni jadi teringin pulak. So, cik ina decide nak buat sendiri. Selepas dapat resepi dari kawan, cik ina pon mula la proses mencari bahan-bahan. Actually, bahan-bahan nak buat jeruk ni x banyak pon tapi masalah utama adalah nak mencari MANGGA MUDA. Petang sabtu, SMS en.suami suruh cari mangga muda. En.suami pon pergi la cari selepas balik kerja. Cari punya cari, x ada. So, beliau balik dengan tangan kosong. Katanya malam nanti pergi cari kat pasaraya NSK. Baiklah, hamba akur. Sedih tapi nak buat macam mana, benda dah x ada. Malam tu pergi la pasaraya NSK. Huwaaaaaa... x ada jugak. En.suami kata guna epal hijau x boleh ke? Kan ke masam jugak. Hurmmmmm, ya x ya jugak yea. So, ambik la buah epal hijau dekat 16 biji. Lepas bayar, singgah kedai 99 Speed Mart cari asam boi. Alhamdulilah, ada. Balik rumah, mula proses penyediaan. Bahan-bahan yg digunakan seperti gambar-gambar kat bawah ni:-------
Epal hijau tu di buang kulit dan dipotong nipis. Cili padi guna dalam 2 biji sahaja. Jangan banyak-banyak takut pedas. Potong kecik-kecik. Masukkan epal hijau, cili padi dan asam boi dalam bekas kemudian tabur garam dan gula secukupnya. Kacau semua bahan dan masukkan dalam balang untuk proses peram. Jangan peram lama-lama sangat takut nanti tak sedap. Ni ikut citarasa cik ina la. Kalau korang suka perap lama, terpulang la. Kat bawah ni cik ina ada upload gambar jeruk epal asam boi yg diperap dalam balang.
Ok, x sampai setengah jam perap cik ina dah x sabar. Bawak le jeruk ni ke ruang tamu nak makan dengan anak-anak dan suami. Dalam sekelip mata, tinggal berapa keping je. Laku sungguh jeruk epal asam boi ni! Sedap sungguh. Nak pulak makan ramai-ramai lagi la bertambah sedapnya. Hehe..Tengok kat bawah, ni je balance yg tinggal..hehehe..
Ok, cik ina puas hati. Misi kali ni berjaya! Lepas ni ingat nak buat guna jambu batu pulak. Kata kawan cik ina sedap jugak jambu batu buat jeruk asam boi ni. Ok,nexxxxtttttt....Adios!

Wednesday, October 22, 2014

Bila Cik Ina Menceceh Part 9

Assalamualaikum..Minggu ni minggu sedih..Sebab si kecik baby kurang sihat.. Muntah & pening-pening.. Lembik lemau badannya. Kesian.. Semalam pulak mak mertua call bagitao rumah dia kena masuk pencuri..Allahuakhbar.. Seriau dengar sebab dah le tinggal berdua je dengan pak mertua, tak de sape teman. Nasib baik x de berlaku yg x elok. Cuma bilik mak mertua habis digeledah, baju semua berterabur. Yang hilang cincin dua bentuk dengan sejumlah duit. Masa kejadian tu, mak & pak mertua tido kat ruang tamu. Memang x sedar langsung apa terjadi. Boleh sedar masa bangun nak ke toilet pukul 4 pagi. Tergerak hati nak jenguk bilik, bila bukak je terkejut besar mak mertua cik ina p/s: Ni adalah berdasarkan apa yg mak mertua cerita pada cik ina.. Alhamdulilah, penyangak @pencuri@perompak tu cuma geledah bilik je, dia x ceroboh ke kawasan lain. Cik ina, suami dan adik ipar bergegas balik kampung tengok macam mana keadaan. Angkut sekali si kecik baby tu walaupun dia x sihat. Kesian tido je masa dalam kereta.. Sampai sana, sembang dgn mak & pak mertua, selesai apa yg patut. Malamnya kami bertolak balik juga sebab esoknya nak kena keja. Ajak mertua ikut balik sekali tapi diaorang tolak. Sepanjang perjalanan balik dok doa je agar diaorang kuat dan x de jadi apa-apa yg x elok lagi. Ok, stop cerita sedih.. Ni cik ina nak upload pic lauk yg cik ina sempat masak hari Selasa lepas. Musim hujan lebat, malas nak keluar beli apa2.. Apa yg ada kat dapur, tu jela masak. Masak simple2 je. En. suami kata janji kenyang. Cik ina buat ikan bilis goreng dengan petai + cili padi yg diracik2 halus & ikan pelaling masak asam. Ikan pelaling masak asam tu cik ina kasik taruk halia lebih sebab en. suami suruh. Katanya nak buang angin. Hehehehe... Makan lauk-lauk tu dengan nasi panas berserta teh o panas memang terangkat le. Sape lalu belakang pon x pandang dah.. Hahahaha.. Ok la, lenguh menaip.. Nanti sambung lagi.. Daaaaaa............

Tuesday, October 14, 2014

Bila Cik Ina Menceceh Part 8 - Hari Raya Aidiladha 2014

Assalamualaikum... Hari raya aidiladha baru ja berlalu ahad lepas. Cik ina x balik kampung, beraya di Meru Klang je satu family. So, dah planning awal-awal nak masak pagi raya tu. Mana tahu ada tetamu, adik-adik ipar datang beraya. Boleh la jamu bagi makan. Petang sabtu, cik ina, suami dan anak yg kecik pergi la pasaraya NSK kat pekan Meru Klang. Beli semua barang nak masak. Kat situ barang-barang harga murah dan fresh-fresh belaka. Cik ina planning nak buat mee kari kerang, rendang ayam dan rebus nasi himpit. Sampai saja kat pasaraya NSK tu, tengok kerang dah boo liaw (habis). Huwaaaaa..meraung kami anak beranak sebab x dapat kerang. Tapi meraung dalam hati jela.hehehehe....So, next plan buat mee karing udang. Udang besar-besar jugak, sekilo harga rm28.00. So, cik ina amik la sekilo. Lepas beli udang, pergi pulak bahagian jual ayam. Huwaaaaaaaaa sekali lagi..Ayam pon habis. Ni la akibatnya beli lewat.. So, pengajarannya next time pegi awal-awal pagi.. Ingat tu semua.. Cik ina pon beli la semua barang lain nak masak, lepas habis shopping kat pasaraya NSK, kitaorang singgah kedai runcit berdekatan untuk beli ayam..Alhamdulilah, ada ayam. Balik rumah, cik ina mula senteng lengan baju siang udang, ayam, rebus nasi himpit dan blend semua bahan-bahan untuk masak pagi raya (ahad). Pagi raya, cik ina bangun awal masak kuah mee kari dan rendang ayam. Semua selesai dan siap untuk dimakan lepas suami dan anak-anak balik sembahyang raya. Lega, walaupon masak sorang tapi alhamdulilah selesai juga. Ok, kat bawah ni cik ina upload gambar-gambar juadah yang cik ina masak di pagi raya. Gambar nasi himpit ja x sempat ambik. Opsss, cik ina sertakan jugak gambar macaroni goreng yg cik ina buat hari sabtu tu.. First time try macaroni goreng.. Alhamdulilah, menjadi..hehehehe...Enjoy ya!

Thursday, October 9, 2014

SET TILAM, BANTAL DAN COMFORTER KEKABU ANTI HAMA BY AUGY COLLECTION

Assalamualaikum.. Ni ada produk terbaru set tilam, bantal dan comforter kekabu anti hama. Set ni sesuai utk baby dan kain yg digunakan sangat lembut dan selesa. Dibawah ni cik ina sertakan details pasal set tilam ni beserta gambar-gambarnya.. Berminat??? CALL/SMS/WHATSAPP 016-4424090. TQ... Set tilam baby 100% kekabu dengan teknologi anti-hama, anti-kulat dan anti- bakteria pertama di Malaysia ♥♥♥ Set dengan Comforter Rm299.90 (tak termasuk postage) ♥♥♥ Set TANPA Comforter Rm249.90 (tak termasuk postage) ♥♥♥ Comforter sahaja Rm59.90 (tak termasuk postage) *** MAKLUMAT KANDUNGAN SET SILA KLIK PADA GAMBAR *** ** Saiz Tilam: Panjang 39 inci Lebar 28inci ** Saiz Comforter: Panjang 39 inci Lebar 28 inci

Wednesday, October 8, 2014

SHAWL HALFMOON LATEST

Ni ada satu lagi cik ina nak promote.. Pon tengah hot jualannya. Taraaaaaa... Shawl halfmoon paling latest designnya kat pasaran. Jangan malu jangan segan.. X mao beli pon xpa, ushar2 ja.. Xrugi duit pon. Ni kalau nak beli, Cik ina jual rm45 sekali postage. Berminat?? Call/SMS/Whatsapp 016-4424090. TQ