Thursday, May 15, 2014
Bila Cik Ina Menceceh Part 4
Assalamualaikum... Dekat seminggu cik ina tak update blog ni. Bukan apa, cik ina busy sikit. Balik kampung (Penang), hantar order customer then bila masuk je ofis kerja dah menimbun. Nak tak nak kena le settle hal kerja dulu, nanti tak berkat pulak duit gaji yg cik ina dapat. Kali ni cik ina nak menceceh pasal apa yg terjadi masa cik ina balik kampung last week. Lama sungguh rasanya cik ina tak balik kampung sendiri. Tu yg mintak izin en.suami nak balik kampung. En. suami pulak tak dapat cuti, so dia izinkan cik ina balik sorang2 naik bas. Huhuhu..so sad. Tapi tak pe la, asalkan dapat izin dari en. suami pon kira ok la kan?? Terubat jugak rindu nak jumpa mak, bapak & adik2. Kena pulak last week tu sambutan hari ibu, so memang patut la cik ina balik jenguk family kat kampung.. Ok, perjalanan nak balik sana ambik masa 6 jam.. Cik ina bertolak hari jumaat malam pukul 9pm sampai Butterworth pukul 3am. Cik ina bercuti kat kampung sampai hari Selasa. Memang best giler!! Banyak aktiviti yg cik ina buat dgn family. Banyak benda jugak cik ina beli dan yg mak belikan pon ada jugak..Hari sabtu cik ina cuma rehat kat rumah dan petangnya pergi COD cadar customer..Cuti2 pon bisnes on.hehehe..
Hari Ahad siangnya cik ina, cik ida (adik) dan mak cik ina pergi la window shopping kat Sunway Karnival di Seberang Jaya. Kitaorang masuk la satu gift shop nama S&J. Masuk kedai tu sebab mak cik ina nak beli casing untuk handphone dia. Belek punya belek, tak ada yg berkenan di hati.. Kami pon keluar la nak ke kedai lain. Masa nak keluar tu, sales girl kat situ tegur mak cik ina. Dia kata mak cik ina bertuah sebab terpilih utk dapat special gift dari kedai diaorang. Mak cik ina terkejut dan sangat2 happy. Ni ada sekeping gambar kenangan masa mak cik ina dapat special gift tu. Thanks a lot to S&J Giftshop!!
Ok, masa malam hari ibu tu kitaorang satu family pergi makan kat BJ Tomyam. Adik cik ina yg lelaki belanja. Fuhhhhh, memang terangkat dia punya tomyam Chiang Mai dengan ikan siakap masak cili padi thai (betul ke tak nama masakan ikan tu hehehehe).. Ni cik ina post gambar kami masa tengah dinner tu.. Enjoy!!!
Hari Isnin, mak cik ina bawak cik ina pergi satu kedai jual kacang2, snack2, keropok2 kat Mak Mandin. Cik ina pergi sana terus jadi rambang mata. Semua ada, murah2 pulak tu. Mak cik ina belikan cik ina biskut yg tengah famous sekarang ni Date & Fate. Sekotak hanya RM8, ada 50pcs.. Murah kan?????? Mak bagi 2 kotak. Lepas tu kitaorang terus singgah ket stesen bas beli tiket cik ina nak balik Shah Alam. Cik ina sempat pergi beli Jeruk Pak Ali dengan kuah Rojak Mak Bee. Jeruk Pak Ali memang the best in da world!! Kuah rojak Mak Bee pulak superbbbb!! Nahhhhh...Cik ina letak gambar2 biskut, kuah rojak dengan jeruk kat sini.
Selasa cik ina dah nak balik..Sayu je hati rasa, rasa macam cepat benor masa berlalu..sob..sob..sob.. Sebelum nak ke stesen bas tu, adik cik ina yg lelaki tu ada bagi pekasam kat cik ina. 3 bungkus kot!!! Ada macam2 jenis ikan. Ada ikan sepat, ikan terubok, ikan lampam.. Perggghhhh kalau goreng memang terangkat la.. Cik ina sempat snap satu gambar ikan pekasam tu.
Ok la, letih dah nak menulis.. Nanti cik ina menceceh lagi yea.. Chow Chin Chii...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment