Monday, May 5, 2014
Bila Cik Ina Menceceh Part 1
Assalamualaikum & selamat petang.. Tabik spring dulu pada sape2 yg TERBACA blog cik ina ni hehehehe... Petang ni nak menceceh pasal bisnes. Berniaga ni memang seronok..Nak2 pulak bila ada customer dan kawan2 terdekat yg support bisnes kita.. Siap ada yg buat request suruh cik ina jual barang lain.. hehehehe...Insyaallah, cik ina akan usahakan.. Sekarang dalam proses nak jual tshirt polo pulak.. Tshirt utk dewasa dan kanak-kanak..Hurmmm, bisnes cadar cik ina alhamdulilah banyak jugak terima order melalui sedara, kawan-kawan rapat..Sebab cik ina ada buat skim ansurans. Bayar 2x. Tapi bayar habis baru cik ina post barang..Yela, cik ina takut la jugak bagi barang siap2 nanti orang lari tak bayar hutang.. Cik ina pernah kena dah sekali, tu yg beringat tu..
Tapi kan kadang tu ada jugak rasa frust berniaga ni.. Yela, cik ina dah berniaga online ni dekat setahun lebih dah..Jumpa macam2 jenis ragam manusia.. Ada yg bagus sangat2, ada yg hurmmmmm tak mao cakap la.. Faham2 je la nokkkks.. Tapi en. suami cik ina selalu cakap, sabar je la, tak rugi kalau kita bersabar.. Ada banyak hikmah dan ganjaran untuk orang yg sabar. Sejuk hati dengar en. suami cakap macam tu.. I lap u lah sayang! hehehe..
Sebenarnya cik ina dok menceceh ni sebab tengah boring sgt.. Idea untuk buat kerja tak datang lagi so untuk hilangkan rasa bosan, tu yg sibuk menceceh macam mak nenek kat sini.. hehehe.. Kira ok la cik ina menceceh kat sini dari dok memekak kat telinga orang sampai buat orang menyampah.. Hahhhh, lupa pulak.. Tadi saja baru kawan lama cik ina mesej kat FB suruh cik ina meniaga tudung dgn baju raya pulak...Amboi Biah (nama kawan cik ina tu).... Puasa pon belom dah ingat baju raya, tudung raya..hehehe...Kelassss ko Biah..Ok2, insyaallah cik ina akan usahakan..Tengok macam mana, kalau dapat supplier yg bestttttt, barang kualiti besttttt, harga nak jual pon besttttt, boleh la cik ina proceed idea Biah tu.. Ok la, letih jari cik ina menaip.. Bukan takat jari ja, sekali mulut pon lenguh sebab cik ina ni jenis kalau menulis mulut pon otomatik nak baca jugak.. Haru la lagu ni.. Ok, la eak. Esok cik ina menceceh lagi.. Assalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment